Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • PETRONAS perkasa pelajar Sarawak melalui tajaan pendidikan penuh
  • ADVERTORIAL

PETRONAS perkasa pelajar Sarawak melalui tajaan pendidikan penuh

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANTARA pelajar cemerlang dari Sarawak yang menerima tajaan penuh daripada PETRONAS melalui Penajaan Pendidikan PETRONAS 2025.

KUCHING: Menerusi inisiatif PETRONAS Memperkasakan Ilmu, pelajar-pelajar cemerlang dari Sarawak yang terpilih berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dalam dan luar negara dengan penajaan pendidikan penuh daripada Petronas.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, program itu membuktikan komitmen PETRONAS dalam pembangunan modal insan Sarawak dan melahirkan bakat berkualiti di negeri ini.

“Kejayaan para pelajar ini adalah hasil daripada usaha gigih mereka sendiri serta sokongan ibu bapa, guru-guru dan mentor sepanjang perjalanan mereka.

“Kita amat menghargai komitmen berterusan pihak PETRONAS dalam pembangunan pendidikan dan bakat tempatan,” katanya.

MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berucap ketika Majlis Penyampaian Anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS Memperkasakan Ilmu di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS Memperkasakan Ilmu.

Tambah beliau, tumpuan kerajaan negeri kini adalah memastikan setiap anak Sarawak mendapat peluang pendidikan yang menyeluruh dan setara.

“Usaha ini selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak yang menyasarkan negeri ini menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Pendidikan dari peringkat awal hingga tinggi, tidak kira bidang teknikal mahupun vokasional, adalah keutamaan kita dalam membangunkan modal insan,” jelasnya.

MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menyempurnakan simbolik penyampaian anugerah kepada wakil pelajar pada Majlis Penyampaian Anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS Memperkasakan Ilmu di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa tajaan pendidikan tersebut bukan sekadar sumbangan kewangan semata-mata.

“Ia adalah platform penting untuk membentuk generasi masa depan yang mampu menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara.

“Kita mahu mereka kembali dan menyumbang kepada pembangunan Sarawak dalam pelbagai sektor,” ujarnya.

Tahun ini, PETRONAS menerima hampir 9,000 permohonon dari seluruh negara. Proses pemilihan dilakukan secara teliti berdasarkan kecemerlangan akademik, potensi kepimpinan serta penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Penerima tajaan penuh akan melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi dalam dan diluar negara menerusi pelbagai bidang seperti kejuruteraan kimia, kejuruteraan petroleum, kejuruteraan mekanikal, ekonomi, undang-undang serta kursus-kursus lain yang relevan.

Sejak tahun 1975, PETRONAS telah menaja seramai 40,000 pelajar berbakat di Malaysia, termasuk bakat dari Sabah dan Sarawak, yang mencerminkan komitmen syarikat itu dalam membangunkan dan memperkasa generasi pemimpin masa hadapan.

Turut hadir, Pengurus Besar Kanan, Kepakaran Modal Insan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Akmal Niza Ahmad.

Oleh Masrin Affirah

Tags: ADVERTORIAL

Continue Reading

Previous: PETRONAS taja anak Sarawak, buka laluan masa depan gemilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.