Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Petronas kini pengimport bersih bahan api – PM Anwar  
  • SEMASA

Petronas kini pengimport bersih bahan api – PM Anwar  

Utusan Sarawak 16 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian Program MADANI RAKYAT 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, hari ini. Foto Bernama

IPOH: Syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini berstatus pengimport bersih (net importer) bahan api dan bukan lagi pengeksport seperti yang difahami sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keadaan itu menjelaskan mengapa Malaysia masih terdedah kepada tekanan bekalan tenaga global, meskipun merupakan negara pengeluar minyak.

“Petronas kini pengimport bersih, kita perlu membeli minyak. Bekalan bagi April dan Mei mencukupi, namun bagi Jun masih belum pasti,” kata beliau ketika merasmikan Program MADANI Rakyat 2026 Perak di sini hari ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab tanggapan bahawa Malaysia tidak sepatutnya berdepan krisis minyak berikutan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri berkata situasi itu memerlukan semua pihak untuk memahami realiti semasa serta bekerjasama mencari penyelesaian bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga negara.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Krisis tenaga global: Malaysia tentukan dasar sendiri, jalin hubungan baik – PM Anwar
Next: Sia Sitok Sarawak 2026 tawar diskaun 40 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.