Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Petronas, kerajaan Sarawak perkasa kajian mikroalga untuk biobahan api
  • BISNES

Petronas, kerajaan Sarawak perkasa kajian mikroalga untuk biobahan api

Utusan Sarawak 6 months ago

Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR: Petronas dan kerajaan Kerajaan Sarawak giat menjalankan kajian yang menyeluruh untuk menentukan daya ekonomi maju dan kebolehskalaan teknologi mikroalga bagi pengeluaran biobahan api berdasarkan kepada sasaran kriteria yang telah ditetapkan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata usaha ini masih memerlukan masa dan perlu melalui beberapa peringkat penilaian teliti sebagai prasyarat sebelum langkah dan hala tuju seterusnya dapat ditentukan bagi teknologi mikroalga ini.

“Penilaian daya ekonomi atau dengan izin, “economic viability,” biobahan api berasaskan mikroalga memerlukan penyelidikan dan pembangunan teknologi yang mendalam merentasi rantaian nilai meliputi penanaman, penuaian dan pengekstrakan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Ali anak Biju (PN-Saratok) yang ingin tahu tentang daya maju ekonomi projek kerjasama Petronas dan kerajaan Sarawak untuk membangunkan Kilang Penapisan Biobahan Api yang berasaskan mikroalga.

Azalina berkata, untuk teknologi minyak alga mentah khususnya, keupayaan daya maju ekonomi amat bergantung kepada beberapa kriteria sebelum boleh dibangunkan secara komersial. 

“Dua kriteria utama yang sangat perlu diambil kira adalah pembangunan ‘strain alga’ yang sesuai dengan kandungan minyak dan kadar ekstrak yang tinggi pada kos pengeluaran yang kompetitif,” jelasnya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pelabuhan Embang, lapangan terbang baharu bakal letak Sarawak di peta global
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.