Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Petronas jadi operator penerokaan minyak dan gas di Blok 18, Oman
  • BISNES

Petronas jadi operator penerokaan minyak dan gas di Blok 18, Oman

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikat milik penuhnya, PC Oman Ventures Ltd (PCOVL), menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan Oman dan OQ Exploration and Production Batinah Offshore LLC (OQEP) sebagai rakan kongsi penerokaan minyak dan gas di Blok 18.

Petronas berkata Blok 18 merupakan kawasan penerokaan luar pesisir yang besar terletak di timur laut Oman, merangkumi lebih 21,000 kilometer persegi dan menawarkan potensi penerokaan baharu yang ketara merentasi pelbagai keadaan geologi, daripada perairan cetek sehingga ke ultra dalam.

Ia menambah PCOVL telah aktif di Kesultanan Oman sejak 2018 dan kini memegang kepentingan dalam penyertaan di Blok 61.

“Setelah menandatangani perjanjian konsesi ini, PCOVL mengambil alih peranan sebagai operator Blok 18 dengan kerjasama OQEP,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden Aset Antarabangsa Mohd Redhani Abdul Rahman berkata melalui pendekatan penerokaan inovatif mereka dan kepakaran lembangan OQEP, pihaknya menyasarkan untuk bersama-sama membuka manfaat potensi Blok 18 dan menyumbang kepada sekuriti tenaga jangka panjang Oman.

“Penglibatan di Blok 18 adalah selaras dengan komitmen kami terhadap pengembangan portfolio yang berdisiplin, sekali gus menyediakan pilihan strategik merentasi portfolio antarabangsa kami,” tambahnya.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Kekayaan taikun Hong Kong melonjak ke paras tertinggi dalam Senarai Forbes 2026
Next: Bursa Malaysia catat kenaikan sederhana; jumlah dagangan dijangka kekal rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.