Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Petronas dikecualikan mohon lesen beroperasi di Sarawak tetapi perlu maklum
  • SEMASA

Petronas dikecualikan mohon lesen beroperasi di Sarawak tetapi perlu maklum

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama dua Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. FotoUKAS

PETRA JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan anak syarikatnya dikecualikan daripada keperluan memiliki lesen operasi di Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Namun kata Premier Sarawak, Petronas masih perlu mengemukakan permohonan serta memaklumkan kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak untuk tujuan itu.

Katanya, pengecualian itu diberikan berdasarkan kedudukan Petronas sebagai syarikat nasional, tetapi tertakluk kepada pemakluman rasmi kepada pihak kementerian (MUT).

“Mereka dikecualikan jika memohon. Namun mereka perlu memaklumkan kepada kita terlebih dahulu sebelum diberi pengecualian.

“Petros ialah pengagregat gas utama di Sarawak, tetapi kuasa pemberian lesen kekal di bawah MUT. 

“Petronas kita beri pengecualian kerana statusnya sebagai syarikat milik negara,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, pemahaman itu dicapai hasil rundingan bersama antara kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan menerusi pengisytiharan yang ditandatangani kedua-dua pihak semalam.

Jelasnya, semua urusan berkaitan sektor gas di Sarawak pada masa akan datang perlu melalui Petros sejajar dengan tanggungjawab syarikat itu dalam mengurus serta mengawal selia pengagihan bekalan gas di negeri ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan prosiding undang-undang membabitkan Petros dan Petronas tidak terbatal meskipun deklarasi bersama telah dimeterai.

“Deklarasi ini tidak menjejaskan sebarang tindakan mahkamah sedia ada. Perkara ini diserahkan sepenuhnya kepada sistem perundangan untuk ditangani mengikut proses sewajarnya.

“Andai kata perlu digantung atau ditarik balik, ia tetap bergantung kepada proses yang ditentukan oleh pihak berkuasa undang-undang,” katanya.

Oleh Amanda L. & Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Deklarasi Petros-Petronas, kerangka baharu kerjasama strategik, harmoni – Abang Johari
Next: PM Anwar ucap takziah atas pemergian bekas Presiden Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.