Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Petronas dan Sarawak Energy jayakan program Back To School di SK Bario
  • Utara
  • WILAYAH

Petronas dan Sarawak Energy jayakan program Back To School di SK Bario

Utusan Sarawak 10 hours ago
ANTARA PENERIMA… Pelajar SK dan SMK Bario menerima bantuan kelengkapan persekolahan daripada PETRONAS dan Sarawak Energy Berhad.

MARUDI: Program Petronas Back To School menjadi contoh terbaik bagaimana semangat kebersamaan dan harapan dapat terus disemai dalam kalangan komuniti luar bandar, khususnya di kawasan pedalaman.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, berkata inisiatif itu amat bermakna kepada para murid di kawasan pedalaman yang tetap bersemangat menimba ilmu walaupun berdepan pelbagai kekangan geografi dan logistik.

Menurutnya, program seperti ini bukan sahaja memberi bantuan dari segi kelengkapan persekolahan, malah turut menyemai semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam kalangan syarikat besar seperti Petronas dan Sarawak Energy Berhad terhadap masyarakat luar bandar.

“Bantuan pakaian, kasut dan beg sekolah yang diterima mampu memberi suntikan motivasi baharu kepada murid-murid untuk terus rajin belajar dan mencapai kejayaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Petronas Back To School di SK Bario, semalam.

KENANGAN BERSAMA… Seramai 269 pelajar SK dan SMK Bario bergambar kenangan bersama Datuk Gerawat Gala dan tetamu jemputan sempena Majlis PETRONAS Back To School di SK Bario.

Tambah beliau, hasil kerjasama Petronas dan Sarawak Energy Berhad dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, program itu berjaya menyantuni seramai 269 murid di Bario.

“Ini jelas menunjukkan komitmen mereka untuk memastikan pendidikan anak-anak kita tidak terabai, terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan,” tegas beliau.

Gerawat berkata, bantuan kepada 269 murid tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kewangan keluarga dan memastikan murid kekal bersemangat meneruskan sesi persekolahan tahun hadapan.

“Dalam menghadapi cabaran kehidupan, usaha seperti ini mengingatkan kita semua bahawa kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Beliau turut memuji kesungguhan Petronas dan Sarawak Energy yang wajar dijadikan contoh kepada syarikat korporat lain dalam membina masyarakat yang inklusif, mampan dan harmoni, sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Datuk Gerawat turut merakamkan penghargaan kepada semua warga Petronas, Sarawak Energy Berhad dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak atas komitmen serta kerjasama menjayakan program berkenaan.

Beliau yakin usaha sebegini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, malah turut menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus menyumbang kepada pembangunan sosial dan pendidikan negeri.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Anuar Rapaee, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Siti Zuilaiha Ibrahim, Pengurus Besar Petronas, Norazibah, Penolong Pengurus Sarawak Energy Berhad, Irwan Borhan, Guru Besar SK Bario, David Tidan, Pengetua SMK Bario, Robin Amir, Pegawai Tadbir PDK Bario, Richard Usah dan Pegawai PPD Baram, Mathew Laing.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: JPJ Miri laksana Ops Gempur Kenderaan Perdagangan
Next: A fitting gift of appreciation to SJK (C) Chung Hua No. 2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.