Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Petronas boleh runding dengan Rusia untuk perolehan minyak – Anwar
  • NASIONAL

Petronas boleh runding dengan Rusia untuk perolehan minyak – Anwar

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perasmian terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), hari ini. Turut sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (dua, kanan) dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua, kiri). Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) boleh berunding dengan Rusia bagi perolehan bekalan minyak sebagai langkah proaktif memastikan simpanan tenaga negara kekal mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu boleh diambil memandangkan banyak negara Eropah selain Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini mengenakan pelbagai sekatan ke atas Moscow, kini kembali bersaing untuk mendapatkan bekalan minyak dari Rusia berikutan keperluan ekonomi semasa.

“Alhamdulillah, kerana hubungan kita dengan Rusia itu, masih baik. Jadi, dalam keadaan sekarang ini pun, pasukan kita termasuk dari Petronas, boleh berunding dengan Rusia untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kita sebagai negara sahabat,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata ketegangan geopolitik melibatkan Iran, AS dan Eropah memberi kesan langsung kepada sektor pengangkutan global selain menjejaskan harga minyak serta bekalan baja yang merupakan keperluan penting negara.

“Tindakan diplomasi awal kerajaan juga telah berjaya memastikan kapal minyak negara menjadi antara yang terawal melepasi laluan kritikal di Selat Hormuz, sekali gus mengelakkan gangguan besar terhadap rantaian bekalan tenaga negara,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu sebuah kapal minyak Petronas telah selamat tiba di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Johor semalam dan ketibaan bekalan berkenaan sangat kritikal memandangkan proses penapisan minyak hanya boleh dilakukan di kompleks berkenaan.

Beliau berkata kejayaan itu hasil hubungan awal kerajaan dengan kepimpinan Iran yang membolehkan laluan diberikan ketika rundingan antarabangsa mengenai masa depan Selat Hormuz masih menemui jalan buntu.

“Krisis global itu turut mendorong negara lain mendapatkan kerjasama Malaysia termasuk Perdana Menteri Australia Anthony Albanese yang mengadakan lawatan ke negara ini baru-baru ini bagi membincangkan bekalan petrol, diesel dan baja,” kata beliau.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan pendirian kerajaan tetap mendahulukan kepentingan rakyat dan pasaran domestik sebelum mempertimbangkan sebarang bantuan kepada negara luar.

“Keutamaan ditetapkan kepada keperluan domestik. Jika ada lebihan, kita bantu negara sahabat, namun jika tiada, kita fokus kepada rakyat kita dahulu,” kata Perdana Menteri.- Bernama

Continue Reading

Previous: Eksekutif warga Malaysia maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat
Next: KPDN perkenal aplikasi INFO JUALAN RAHMAH MADANI – Fauziah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.