Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Petronas akan bayar dividen RM20 bilion kepada kerajaan pada 2026
  • BISNES

Petronas akan bayar dividen RM20 bilion kepada kerajaan pada 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membayar dividen sebanyak RM20 bilion kepada kerajaan pada 2026 berdasarkan kemampuannya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

“Lembaga pengarah baru sahaja meluluskannya, dan jumlah itu masih dalam kemampuan kami selepas menilai keperluan untuk pertumbuhan dan pelaburan semula kami selain membayar pinjaman dan memastikan terdapat peruntukan mencukupi bagi operasi dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman prestasi kewangan Petronas Group bagi tahun kewangan 2025 di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan 2025, lembaga pengarah Petronas telah meluluskan pembayaran dividen sebanyak RM32 bilion susulan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM41.6 bilion.

“Bagi capex, panduan yang kami tetapkan dalam tempoh lima tahun akan datang secara purata berjumlah RM45 bilion hingga RM50 bilion bergantung kepada fasa projek yang sedang dilaksanakan,” katanya.

-Bernama  

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Petronas catat untung bersih RM45.4 bilion bagi tahun kewangan 2025
Next: Sarawak akan eksport tenaga elektrik ke Brunei awal tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.