Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Petron catat kerugian bersih RM69 juta
  • BISNES

Petron catat kerugian bersih RM69 juta

Utusan Sarawak 5 years ago
PETRON Fokus pada masa depan syarikat itu akan menumpukan kepada pemulihan perniagaan.

KUALA LUMPUR: Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM69.29 juta dalam suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2020 daripada keuntungan bersih RM56.21 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil turun kepada RM1.02 bilion berbanding RM3.02 bilion sebelumnya berikutan gabungan impak daripada penurunan permintaan dan juga harga semasa suku tersebut, kata syarikat berkenaan dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Penggunaan bahan api tempatan meningkat beransur-ansur pada suku kedua 2020 apabila kerajaan menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan PKP Pemulihan pada Jun.

“Kuantiti jualan bagi Suku Kedua 2020 berjumlah enam juta tong berbanding 9.2 juta tong yang dijual pada tempoh yang sama tahun lepas,” kata Petron.

Minyak mentah Brent mencecah harga bulanan terendahnya pada April 2020 pada AS$19 setong sebelum pulih semula pada Mei dan Jun kepada purata AS$29 setong.

Petron berkata pada masa depan syarikat itu akan menumpukan kepada pemulihan perniagaan selain mengekalkan komitmen jangka panjangnya terhadap pertumbuhan perniagaan, kecekapan operasi dan meningkatkan kualiti penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Keuntungan bersih Cahaya Mata susut kepada RM16.7 juta
Next: Perlu pantas rangsang ekonomi global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.