

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengadakan lawatan kebajikan ke atas bekas rakan sekelasnya di Hospital Umum Sarawak, petang tadi.
Lawatan itu bertujuan menziarahi Salleh Sulaiman, yang bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Samarahan.
Datuk Mohamad Zainal memberikan kata-kata semangat dan menyampaikan harapan agar beliau segera sembuh serta pulih seperti sediakala.
Dalam kunjungan itu, Datuk Mohamad Zainal turut meluangkan masa beramah mesra bersama keluarga pesakit dan mendapatkan maklumat terkini daripada pegawai perubatan yang merawat Salleh.
Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa, serta pegawai kanan dan anggota dari IPD Kuching.