
KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Anak Jati Lawas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.
Delegasi tersebut diketuai Pengerusi Persatuan Anak Jati Lawas, Dr Narawi Abu Bakar bersama ahli jawatankuasa utama persatuan. Persatuan itu berada di bawah naungan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Dalam pertemuan tersebut, delegasi berkenaan menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Mohamad Zainal atas pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Kunjungan itu bertujuan mengukuhkan hubungan antara persatuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaras dengan semangat ‘Polis dan Komuniti Berpisah Tiada’.
Datuk Mohamad Zainal menyampaikan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menegaskan komitmen PDRM untuk terus memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui kerjasama dan komunikasi berterusan.