Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohamad Zainal lawat IPD Sibu, tinjau kesiapsiagaan
  • SEMASA

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohamad Zainal lawat IPD Sibu, tinjau kesiapsiagaan

Utusan Sarawak 11 hours ago
UNTUK ALBUM…CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah (duduk lima dari kiri) merakam kenangan bersama anggota pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu pada lawatan kerjanya hari ini. Foto IPD Sibu

SIBU: Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bagi meninjau kesiapsiagaan pasukan serta operasi keselamatan di daerah ini.

Ketibaan beliau pada 10.00 pagi disambut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, diikuti pemeriksaan Kawalan Kehormatan melibatkan pegawai kanan dan anggota IPD Sibu.

CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan melibatkan pegawai kanan dan anggota IPD Sibu. Foto IPD Sibu
 

Selepas itu, Mohamad Zainal menandatangani buku lawatan rasmi sebagai simbolik kehadiran sebelum disambut dengan persembahan tarian selamat datang oleh ahli Kelab Kebudayaan IPD Sibu.

Lawatan berkenaan turut diisi dengan sesi Taklimat Keselamatan yang dibentangkan ACP Zulkipli, yang merangkumi perkembangan keselamatan semasa, statistik jenayah terkini, pengurusan operasi serta pencapaian IPD Sibu dalam memastikan ketenteraman awam.

MOHAMAD Zainal menyampaikan sumbangan kasih berupa barangan keperluan makanan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), fakir miskin, pesara serta waris anggota polis. Foto IPD Sibu

Sebagai sebahagian daripada komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap komuniti, Mohamad Zainal turut menyampaikan sumbangan kasih berupa barangan keperluan makanan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), fakir miskin, pesara serta waris anggota polis.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supt Boniface Bajai serta ketua bahagian, pegawai kanan, anggota dan kakitangan awam IPD Sibu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lebih 26,000 surat tawaran haji 2026 dikeluarkan – Tabung Haji
Next: Deputy Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian’s mother passes away at age 83

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.