Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PESTASA sasar penyertaan antarabangsa, promosi Sri Aman menerusi Kejohanan Raja Libas
  • SUKAN

PESTASA sasar penyertaan antarabangsa, promosi Sri Aman menerusi Kejohanan Raja Libas

Utusan Sarawak 2 hours ago
AKSI…Salah satu pasukan beraksi di Kejohanan Raja Libas hari ini. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA) mengintai peluang lebih besar dengan menyasarkan penyertaan pasukan dari luar negara bagi penganjuran kejohanan sepak takraw pada masa hadapan.

​Presiden PESTASA, Awangku Hafizi Awang Azahari berkata, langkah tersebut bukan sahaja bertujuan meningkatkan taraf kejohanan, malah turut menjadi platform mempromosikan Bandar Sri Aman sebagai destinasi pelancongan sukan yang berpotensi di Sarawak.

​Beliau berkata, visi untuk membawa masuk pasukan antarabangsa terutamanya dari negara Brunei Darussalam dan lain-lain negara merupakan salah satu strategi jangka panjang persatuan yang sedang diusahakan secara berperingkat.

​Jelasnya lagi, penganjuran kejohanan yang melibatkan peserta luar bukan sekadar mengenai persaingan di gelanggang, malah mempunyai impak yang lebih luas terhadap ekonomi setempat.

​”Usaha ini dilakukan sambil bertujuan untuk mempromosikan Bandar Sri Aman dalam aspek pelancongan kepada masyarakat luar,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Raja Libas 2026 Edisi Ke-5 yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman, hari ini.

​Selain daripada aspek pelancongan, Awangku Hafizi turut menzahirkan harapan agar platform tersebut menjadi medan utama dalam melahirkan jaguh sukan yang berkualiti.

​Beliau berharap agar ada bakat baharu yang akan muncul dan dinobatkan sebagai juara, seterusnya membawa nama Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi di pentas profesional.

​Mengulas mengenai penganjuran tahun ini, beliau mengakui berpuas hati dengan sambutan yang sangat memuaskan daripada peminat sukan sepak takraw di seluruh Sarawak.

​Dalam pada itu, Awangku Hafizi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dan Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie atas sumbangan dan keprihatinan yang mendalam terhadap pembangunan sukan ini di peringkat akar umbi.

​Kejohanan Raja Libas 2026 Edisi Ke-5 kali ini disertai sebanyak 24 regu bagi kategori terbuka dan 13 regu untuk kategori veteran melibatkan penyertaan dari Kuching, Sibu, Bau, Lundu, Miri, Sri Aman dan Betong.

Bagi kategori terbuka, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala dan pingat, manakala naib juara menerima RM1,000 bersama piala dan pingat. Pemenang tempat ketiga bersama pula menerima RM400 berserta piala dan pingat.

Sementara itu, kategori veteran menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 kepada juara, RM800 bagi naib juara dan RM300 untuk tempat ketiga, masing-masing bersama piala dan pingat.

Selain hadiah utama, pihak penganjur turut menyediakan beberapa anugerah khas antaranya tekong terbaik, apit kanan terbaik, apit kiri terbaik serta anugerah pemain idola sebagai penghargaan kepada pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 peserta sertai program Brisk Walk 2.0 di Sibu
Next: Liverpool harungi langkah longlai ke UEFA selepas seri dengan Chelsea

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.