Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PESTASA disaran perbanyak kejohanan bagi melahirkan bakat muda di Sri Aman
  • SUKAN

PESTASA disaran perbanyak kejohanan bagi melahirkan bakat muda di Sri Aman

Utusan Sarawak 2 hours ago

Ridhuwan Abdul Manaf semasa memberikan kata-kata semangat kepad semua pemain pasukan yamg bertanding pada kejohanan tersebut.

SIMANGGANG: Usaha memperkukuh pembangunan sukan sepak takraw di Bahagian Sri Aman diyakini mampu dipertingkat melalui penganjuran lebih banyak kejohanan peringkat umur, khususnya bawah 14 dan 16 tahun, melibatkan penyertaan meluas sekolah di seluruh bahagian itu.

Ketua Jurulatih Pembangunan Sepak Takraw Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Bahagian Sri Aman, Ridhuwan Abdul Manaf menzahirkan harapan tersebut susulan kejayaan penganjuran edisi pertama Kejohanan Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA) baru-baru ini. 

Beliau menyifatkan kejohanan itu sebagai platform kukuh yang membuka ruang penyertaan menyeluruh daripada pemain remaja sehinggalah ke peringkat veteran.

Menurut Ridhuwan, penganjuran berkenaan merupakan perkembangan positif yang dapat memperlihatkan peningkatan prestasi pemain muda Sri Aman, selaras dengan usaha pembangunan yang sedang dijalankan. 

Beliau yang dilantik sebagai jurulatih Pusat Cemerlang (PC) Sri Aman pada Disember tahun lalu berkata, beberapa pemain berbakat telah dikenal pasti sepanjang kejohanan tersebut.

Penganjuran Piala Presiden PESTASA edisi pertama baru-baru ini merupakan perkembangan positif yang dapat memperlihatkan peningkatan prestasi pemain muda Sri Aman, selaras dengan usaha pembangunan yang sedang dijalankan. 

Pemain-pemain muda berprofil tinggi itu, jelasnya, berpotensi untuk diserapkan ke dalam Program Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 serta berpeluang menjadi pelapis pasukan Sukan Sarawak (SUKSAR) 2026 yang akan diadakan di Sri Aman pada Februari depan. 

Penemuan bakat baharu itu dilihat sebagai petunjuk bahawa pembangunan akar umbi sedang menuju landasan yang betul.

Ridhuwan turut menekankan kepentingan memperbanyakkan pertandingan khusus bagi kategori bawah 14 dan 16 tahun bagi memastikan Sri Aman mempunyai ekosistem pertandingan yang berterusan, sekali gus melahirkan atlet yang matang lebih awal sebagai persediaan menghadapi kejohanan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau menambah bahawa kejohanan terbuka Sri Aman turut perlu diberikan tumpuan berterusan bagi mengelakkan kekurangan pemain berpotensi pada masa hadapan, selain memastikan pasukan Sri Aman terus kompetitif pada peringkat negeri. 

“Tidak mustahil suatu hari nanti Sri Aman akan melahirkan lebih ramai pemain hebat yang menjadi penyumbang utama kepada pasukan sepak takraw Sarawak,” katanya.

Ridhuwan turut menzahirkan doa dan sokongan agar PESTASA terus maju serta mencapai lebih banyak kejayaan menjelang 2026, seiring dengan komitmen badan itu dalam memperkukuhkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Presiden PESTASA, Awangku Hafizi Awang Azahari, berkata pihaknya amat menghargai sokongan dan pandangan positif daripada jurulatih serta barisan kejurulatihan SSC, yang disifatkan sebagai rakan strategik penting dalam memacu pembangunan sukan takraw di Sri Aman.

Menurut beliau, sokongan daripada pemimpin setempat jugat turut amat diperlukan bagi memperkemas usaha pembangunan secara lebih tersusun, khususnya melibatkan peruntukan dana, penyediaan peralatan latihan, baik pulih gelanggang serta penambahbaikan program pembangunan belia.

Awangku Hafizi berkata, dengan sokongan yang konsisten, PESTASA mampu memperluas program latihan, menganjurkan lebih banyak kejohanan akar umbi dan seterusnya mengangkat nama Sri Aman ke tahap yang lebih tinggi dalam arena sepak takraw negeri serta negara.

Beliau menegaskan bahawa komitmen bersama antara persatuan, jurulatih, sekolah-sekolah dan pemimpin setempat akan menjadi pemangkin utama kepada usaha melahirkan lebih ramai atlet berbakat dari Sri Aman pada tahun akan datang.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Hoki 5s lelaki negara tuai emas pertama
Next: Sukan SEA: Malaysia tewas 0-3 kepada Indonesia, harapan emas badminton lelaki terus tergendala

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.