Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Tumbina 2025 kembali 7-10 Ogos dengan fokus kelestarian dan komuniti
  • TEMPATAN

Pesta Tumbina 2025 kembali 7-10 Ogos dengan fokus kelestarian dan komuniti

Utusan Sarawak 9 hours ago
POSTER….Pesta Tumbina 2025 bakal membuka tirai pada 7 hingga 10 Ogos ini di Taman Tumbina dengan pengisian program yang menekankan kepelbagaian, kelestarian dan keterlibatan komuniti.

BINTULU: Pesta Tumbina 2025 bakal membuka tirai pada 7 hingga 10 Ogos ini di Taman Tumbina dengan pengisian program yang menekankan kepelbagaian, kelestarian dan keterlibatan komuniti.

Edisi kali ini turut mencerminkan hala tuju Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) ke arah pembangunan mampan melalui pendekatan menyeluruh.

Ia dilaksanakan bersama Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) serta 12 lagi rakan kolaborasi strategik termasuk institusi pendidikan, agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti tempatan.

Antara rakan kerjasama utama ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak dan UPM Serdang, Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Bahagian Bintulu, Kelab Guru Seni Bintulu, Wira Health Clinic, Kidzoona, Decorglass Gallery dan beberapa organisasi tempatan lain.

Program empat hari itu dijangka menarik sehingga 40,000 pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik dan mendidik selaras dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang menjadi teras kepada Pelan Strategik BDA 2024–2030.

Salah satu acara tumpuan ialah ‘Tumbina Night Walk’ yang akan diadakan setiap malam sepanjang festival berlangsung. 

Aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung menikmati suasana malam Tumbina sambil memupuk kesedaran terhadap pemuliharaan biodiversiti dan kehijauan bandar.

BDA dalam kenyataannya memaklumkan, pesta ini bukan sekadar sambutan ulang tahun ke-34 Tumbina, malah platform memperkukuh sinergi pelbagai pihak dalam menjayakan agenda komuniti yang inklusif dan lestari.

“Pendekatan rentas sektor dalam Pesta Tumbina 2025 membuktikan bahawa pembangunan mampan hanya boleh dicapai dengan kerjasama semua lapisan masyarakat,” katanya.

Penganjuran Pesta Tumbina 2025 turut dijangka merancakkan sektor pelancongan tempatan serta memberi limpahan ekonomi kepada para peniaga kecil dan sederhana sepanjang program berlangsung.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Silat perkukuh perpaduan dan jati diri belia berbilang kaum di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.