Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Tumbina 2025: BDA sasar kehadiran 30,000 hingga 35,000 pengunjung
  • Utara
  • WILAYAH

Pesta Tumbina 2025: BDA sasar kehadiran 30,000 hingga 35,000 pengunjung

Utusan Sarawak 9 hours ago
SUASANA malam yang ceria dan penuh warna di Taman Tumbina, Bintulu sempena Pesta Tumbina 2025.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyasarkan kehadiran 30,000 hingga 35,000 pengunjung sempena Pesta Tumbina 2025, sekali gus melepasi angka 23,000 yang direkodkan pada edisi tahun lalu.

Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan berkata, penganjuran Pesta Tumbina yang bermula pada 2023 semakin mendapat sambutan memberangsangkan daripada komuniti setempat.

“Jumlah pengunjung pada 2024 setara dengan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia di Kuching tahun ini.

“Insya-Allah, sambutan tahun ini akan lebih hebat,” katanya pada majlis perasmian pesta itu semalam.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pertandingan mewarna, pertandingan burung berkicau, fesyen kanak-kanak, cosplay dan sebagainya bagi menarik penyertaan semua lapisan masyarakat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pelabuhan Bintulu sebagai rakan strategik utama serta Bintulu Port Holdings Berhad yang sebelum ini bekerjasama bagi penganjuran Maraton Bintulu 2025.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kru kapal warga Myanmar terjatuh dari kapal dilaporkan hilang
Next: Pembinaan jalan baharu Miri–Marudi pacu pembangunan sosioekonomi Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.