Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Tatau 2025 tampil lebih 40 acara selama 17 hari
  • Utara
  • WILAYAH

Pesta Tatau 2025 tampil lebih 40 acara selama 17 hari

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBAHAGIAN wakil agensi dan persatuan sekitar Tatau dan Bintulu menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Pesta Tatau 2025 di Pejabat Daerah Tatau.

BINTULU: Pesta Tatau 2025 bakal berlangsung selama 17 hari bermula 29 Ogos hingga 14 September di Taman Komuniti Sungai Jatan, dengan lebih 40 acara dijadualkan bagi mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai kaum di daerah ini.

Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong berkata, persiapan sedang giat dijalankan dengan penglibatan pelbagai agensi dan persatuan tempatan bagi memastikan kelancaran penganjuran acara tahunan berkenaan.

“Majlis pelancaran rasmi Pesta Tatau 2025 dijadualkan pada 5 September dan dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung tempatan dan luar daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Pesta Tatau 2025 di Pejabat Daerah Tatau semalam yang melibatkan kehadiran 60 wakil daripada 43 agensi dan pertubuhan dari Tatau dan Bintulu.

Menurutnya, mesyuarat itu membincangkan pelbagai aspek penganjuran termasuk logistik, keselamatan, pengurusan acara, penglibatan komuniti serta strategi promosi untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Tatau yang juga Ketua Penyelaras Pesta Tatau 2025, Winnie Dian; wakil Pejabat Residen Bintulu, Baithy Tini Nikey; serta Pegawai Penerangan Daerah Tatau, Donny Minggu Ling.

Calvin berkata, pesta berkenaan bukan sahaja berperanan memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk, malah mampu meningkatkan profil Tatau sebagai destinasi pelancongan berasaskan budaya dan seterusnya merangsang ekonomi tempatan.

Katanya, dengan penglibatan aktif pelbagai agensi, badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat, Pesta Tatau 2025 dijangka menjadi penganjuran yang lebih berimpak dan berdaya saing, sekali gus berpotensi untuk dikekalkan sebagai acara tahunan peringkat daerah.

Oleh Carolyne Uith

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perairan Sarawak selamat, tiada ancaman lanun
Next: KEMAS dan JKR Sarawak selaras projek pembangunan fasiliti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.