Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Simunjan 2025 kembali gegarkan Pekan Simunjan, sasar 100,000 pengunjung
  • Selatan
  • WILAYAH

Pesta Simunjan 2025 kembali gegarkan Pekan Simunjan, sasar 100,000 pengunjung

Utusan Sarawak 10 hours ago
AWLA Dris, dalam satu sidang media khas yang diadakan di Pejabat Residen Bahagian Samarahan, di sini, hari ini. -Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Edisi ke-5 Pesta Simunjan bakal kembali menggamatkan Pekan Simunjan selama empat hari bermula 2 hingga 5 Oktober depan, dengan pelbagai pengisian menarik yang menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, dalam satu sidang media khas yang diadakan di Pejabat Residen Bahagian Samarahan, di sini, hari ini.

Menurut Awla, pesta dwi-tahunan ini akan mengetengahkan lebih 20 program merentasi pelbagai segmen, termasuk kebudayaan, kesenian, sukan, kulinari, ekonomi komuniti dan hiburan.

“Antara tarikan utama ialah Pertandingan Regatta Pesta Simunjan, yang akan berlangsung di Tebingan Sungai Batang Sadong, dengan enam kategori perlumbaan dipertandingkan.
Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM75,500, termasuk RM20,000 bagi gelaran ‘Raja Sungai Pesta Simunjan 2025’,” katanya.

Turut menjadi perhatian ialah Simunjan Bike Gathering, yang menerima penyertaan antarabangsa dari Brunei Darussalam dan Pontianak, Indonesia, selain Sabah, Kuching dan Samarahan.

“Brunei akan menghantar sekitar 100 peserta, manakala Pontianak melibatkan lebih 280 buah motosikal berkuasa tinggi,” tambah beliau.

Pesta kali ini juga memperkenalkan beberapa acara baharu dan menarik termasuk Showcase Muaythai (pertama kali diadakan), Simunjan Kitchen, Pertandingan Ratu Pesta Simunjan, Pertandingan Battle of the Band, Pertandingan Futsal Terbuka, e-Sukan & Sukan Rakyat, Pertandingan Masakan Tradisional, Kek Legend & Bingka, Fashion Show & Mewarna Kanak-Kanak, Mini Karnival Kesihatan, Pentarama serta Persembahan Artis tempatan dan kebangsaan.

Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober depan, dan akan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, termasuk Pelancaran Rasmi “Simunjan Kitchen”.

Kemuncak acara adalah pada 5 Oktober ini, menerusi Perlumbaan Bidar 30 Pekayuh Lelaki, disusuli Majlis Penangguhan yang dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Pesta akan ditutup dengan Konsert Malam Penutupan di Pentas Rakyat, yang menampilkan artis popular tanah air serta bakat tempatan.

“Pesta Simunjan bukan sekadar acara hiburan, tetapi turut memperkasa budaya, merancakkan ekonomi setempat dan menyatukan komuniti pelbagai kaum,” ujar Awla, sambil menggesa orang ramai untuk hadir beramai-ramai menyokong pesta ini.

Turut hadir Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang dan Pegawai Daerah Simunjan, Sanuyah Mohamad. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 200 ibu bapa sertai bengkel keibubapaan KEMAS Daro
Next: AZAM Sarawak pemangkin komunikasi strategik pembangunan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.