Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pesta Sarikei 2025 catat jualan RM1.14 juta, pacu ekonomi tempatan
  • BISNES

Pesta Sarikei 2025 catat jualan RM1.14 juta, pacu ekonomi tempatan

Utusan Sarawak 12 hours ago
CENDERAMATA…..Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menerima cenderamata dari Datu Michael Ronnie Langgong. Foto: Earl Anek

SARIKEI: Pesta Sarikei 2025 telah berjaya mencatatkan jumlah jualan keseluruhan mencecah RM1,137,600 sehingga 1 Ogos 2025.

Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong, berkata butiran jualan adalah jualan kenderaan RM650,000, gerai perdagangan RM196,000 dan gerai makanan RM291,600. 

“Angka ini jelas menunjukkan kesan langsung festival ini terhadap pertumbuhan ekonomi setempat, khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Peningkatan ini sangat berkait rapat dengan pembukaan Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Tuanku Haji Osman atau Jambatan Batang Rajang yang Baharu yang memudahkan akses ke Sarikei,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penangguhan Pesta Sarikei 2025 malam tadi.

UCAPAN…..Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong berucap di majlis penangguhan Pesta Sarikei 2025 malam tadi. Foto: Earl Anek

Hadir bagi merasmikan majlis penangguhan Pesta Sarikei 2025 ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

Tambahnya, kesemua data ini bukan sahaja menunjukkan kejayaan Pesta Sarikei 2025 dari sudut penganjuran dan sambutan pengunjung malah yang lebih penting, ia memberi impak langsung kepada ekonomi tempatan yang melibatkan para peniaga, pengusaha penginapan, usahawan makanan dan kraf tempatan.

Turut hadir ialah ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing; Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS), Kaunselor Stephen Wong Kie Yong dan Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintendan Aswandy Anis. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit sekitar 4.25- 4.26 berbanding dolar AS susulan potensi Fed turun kadar faedah
Next: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.