Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Saratok 2025 kembali meriah dengan 21 aktiviti menarik
  • TEMPATAN

Pesta Saratok 2025 kembali meriah dengan 21 aktiviti menarik

Utusan Sarawak 2 days ago
MOHAMAD Duri menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pesta Saratok 2025 Bil. 3 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohamaad Dino Amid di Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Sebanyak 21 aktiviti menarik bakal memeriahkan Pesta Saratok 2025 yang dijadual berlangsung dari 25 Jun hingga 13 Julai depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, acara pembuka tirai ialah Pertandingan Pangkah Gasing Tradisional Saratok yang akan berlangsung dari 25 hingga 29 Jun.

“Antara aktiviti lain termasuk Pertandingan Badminton Tertutup Saratok (28–29 Jun), jualan Pesta Saratok 2025 (4–13 Julai), serta beberapa pertandingan seperti slingshot, menyumpit dan tarik tali yang dijadualkan pada 5 Julai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pesta Saratok 2025 Bilangan 3 yang dipengerusikan Pegawai Daerah Saratok, Mohamaad Dino Amid di Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Tambah beliau, aktiviti pada 6 Julai melibatkan Pertandingan Memancing, Mountain Bike Challenge, Kejohanan Bola Keranjang Daerah Saratok, serta Pertandingan Dart dan Petanque (6–7 Julai).

“Bermula 10 Julai, pengunjung boleh menyertai dan menyaksikan Saratok Kitchen 2025 serta pertandingan memasak. Hari berikutnya (11 Julai) akan berlangsung pertunjukan perahu berhias dan pertandingan Ratu Etnik Pesta Saratok,” jelasnya.

Selain itu, turut diadakan pada 12 hingga 13 Julai ialah kempen derma darah, saringan kesihatan termasuk pameran Akta 852, kaunter bayaran saman merokok, pameran pembangunan, malam kebudayaan (12 Julai) dan Pertandingan Bertandak (13 Julai).

Menurut Mohamad, acara kemuncak iaitu Regata Kalaka 2025 akan berlangsung dari 11 hingga 13 Julai, dan dijangka disaksikan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 13 Julai depan.

“Tapak jualan pesta yang menjadi tunjang utama kemeriahan akan disediakan dengan kadar sewa berpatutan dan akan dibuka kepada peniaga dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan harapan agar penganjuran kali ini dapat merancakkan lagi ekonomi setempat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah baik penganjuran tahun ini agar lebih meriah dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Pesta Saratok 2025 yang bertemakan Muafakat Membawa Berkat dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN N.38 Kalaka dengan kerjasama Pejabat Daerah Saratok serta agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), kelab dan persatuan setempat.

“Rancanglah cuti anda lebih awal untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan hari kemuncak Pesta Saratok 2025.

“Jom kita raikan bersama,” serunya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang says Sarawak committed to clean energy and digital innovation
Next: Pembinaan Jambatan Sejingkat capai 52.45 peratus, sedikit lewat daripada sasaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.