Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
  • NASIONAL

Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGAMAL media tempatan dari seluruh negara dipelawa menyertai Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026 yang dianjurkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bagi mengangkat kreativiti dan keindahan seni pantun dalam kalangan warga media. Menurut kenyataan media Sekretariat HAWANA 2026 hari ini, pendaftaran penyertaan dibuka hingga 6 Mac ini, dan terbuka kepada semua pengamal media tempatan dengan setiap penyertaan secara berkumpulan melibatkan empat peserta. Pertandingan edisi kedua itu adalah anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), selepas menerima sambutan menggalakkan pada penganjuran kali pertama tahun lepas. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengamal media tempatan dari seluruh negara dipelawa menyertai Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026 yang dianjurkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bagi mengangkat kreativiti dan keindahan seni pantun dalam kalangan warga media.

Menurut kenyataan media Sekretariat HAWANA 2026 hari ini, pendaftaran penyertaan dibuka hingga 6 Mac ini, dan terbuka kepada semua pengamal media tempatan dengan setiap penyertaan secara berkumpulan melibatkan empat peserta.

Pertandingan edisi kedua itu adalah anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), selepas menerima sambutan menggalakkan pada penganjuran  kali pertama tahun lepas.

Pengarah Projek HAWANA 2026 Mohd Shukri Ishak berkata program itu bertujuan memupuk semangat perpaduan melalui pertandingan berpasukan, di samping mengekalkan serta mengembangkan seni pantun sebagai khazanah puisi Melayu tradisional dan warisan bangsa.

“Pantun adalah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua dalam budaya Melayu, menggambarkan peribadi dan keindahan bahasa.

“Menerusi Pesta Pantun ini, wartawan mengangkatnya sebagai satu kebijaksanaan dalam menyampaikan mesej dalam peranan kita memurnikan pemikiran, budaya dan adab yang positif dalam pembangunan negara,” katanya.

Mohd Shukri, yang juga Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama berkata pertandingan akhir dijadualkan berlangsung pada 9 Mei, dengan hadiah lumayan menanti para pemenang.

Juara akan membawa pulang RM3,000 berserta trofi dan sijil penyertaan, diikuti naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000, masing-masing turut menerima trofi dan sijil.

Selain itu, beberapa hadiah lain turut ditawarkan termasuk Anugerah Khas Pemantun Terbaik.

Pengamal media yang berminat boleh menghubungi Ziana Nasir di talian 011-5754 0939 bagi pertanyaan lanjut dan pendaftaran.- Bernama

Continue Reading

Previous: Peruntukan penyelenggaraan jalan Sabah, Sarawak melonjak 300 peratus – Nanta
Next: Dasar kanak-kanak negara 2026-2030 perhebat usaha tangani ancaman eksploitasi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.