Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Meradong 2025 angkat perpaduan, rancakkan ekonomi dan pelancongan tempatan
  • TEMPATAN

Pesta Meradong 2025 angkat perpaduan, rancakkan ekonomi dan pelancongan tempatan

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK ALBUM….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama para peserta dan pemenang pertandingan Ratu Pesta Meradong, malam tadi. Foto UKAS

BINTANGOR: Pesta Meradong 2025 berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat serta merancakkan ekonomi dan pelancongan tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing, berkata pesta yang berlangsung dari 1 November hingga semalam itu antara penganjuran paling meriah, dengan pelbagai acara termasuk sukan, kebudayaan, pameran, keusahawanan, persembahan seni dan aktiviti kemasyarakatan.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja utama iaitu Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan atas sumbangan RM100,000. 

“Tidak lupa juga kepada wakil-wakil rakyat setempat serta ahli-ahli Jawatankuasa Induk Pesta Meradong 2025 di bawah kepimpinan Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kandawang, dan Setiausaha Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Lau Chi Sing yang telah bekerja keras selama berbulan-bulan bagi memastikan pesta ini berjalan lancar,” katanya.

TANDA KENANGAN….Antara penjaja di gerai Pesta Meradong 2025 yang bergambar bersama Datuk Ding Kuong Hiing. Foto UKAS

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Pesta Meradong 2025, malam tadi. 

Koung Hiing turut menghargai sumbangan para usahawan tempatan, badan bukan kerajaan (NGO), kelab belia, pendidik dan pelajar yang mengambil bahagian, sekali gus menjadikan pesta tersebut satu platform kemasyarakatan yang benar-benar hidup dan inklusif.

“Tema tahun ini, ‘keharmonian dalam kepelbagaian’ mencerminkan semangat masyarakat Meradong yang bersatu dalam perbezaan kaum dan budaya, selain menjadi simbol kepada cita-cita membina daerah yang aman, makmur dan progresif.

“Sepanjang penganjuran, pelbagai program dan pertandingan telah berjaya menonjolkan kreativiti masyarakat, menyemarakkan suasana pesta serta memberi nilai tambah kepada ekonomi setempat melalui jualan produk tempatan, pelancongan domestik dan aktiviti komuniti.

“Saya berharap agar semangat kebersamaan yang dipupuk sepanjang penganjuran pesta dapat diteruskan dalam kehidupan seharian, terutama dalam usaha memupuk perpaduan, hormat-menghormati dan kerjasama merentas kaum serta generasi,” katanya. 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan peserta pertandingan Ratu Pesta Meradong dan menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Meradong yang hadir memeriahkan setiap program.

Turut hadir isteri Datuk Ding, Datin Kueh Nai Fun, Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin, Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang, Setiausaha MDMJ, Lau Chi Sing, Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering dan Pengerusi MAKSAK Wanita Daerah Meradong, Ting Ling Ling.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Belia Sarawak disaran tingkatkan kesiapsiagaan hadapi cabaran digital
Next: Sokongan kerajaan buka peluang rakyat menuju ekonomi baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.