Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Makan Tahun Kedayan 2025, dijangka tarik 10,000 pengunjung ke Limbang
  • TEMPATAN

Pesta Makan Tahun Kedayan 2025, dijangka tarik 10,000 pengunjung ke Limbang

Utusan Sarawak 1 day ago
MAKAN TAHUN…. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismaildi tapak Pesta Makan Tahun Kedayan di Dewan Kampung Tuna hari ini. Foto: Adeng Edrus

LIMBANG: Sasaran mencapai lima juta pengunjung ke Sarawak tahun ini diyakini mampu direalisasikan kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan jumlah kemasukan pengunjung luar termasuk dari negara Brunei melibatkan pintu masuk di Limbang, Miri dan Lawas.

Pada masa yang sama sebanyak 14 perayaan utama sama ada peringkat bahagian, negeri dan antarabangsa dianjurkan Jawatankuasa Perayaan Utama Bahagian Limbang setiap tahun dalam menarik lebih ramai pengunjung memasuki daerah ini.

“Seperti kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tempoh hari sasaran kemasukan pelancong ke negeri Sarawak tahun ini lima juta dan penyumbang utama ialah Daerah Limbang, Miri dan Lawas.

“Penting program-program yang akan diadakan dirancang dengan teliti, ” katanya ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan kerja persiapan penganjuran Program Makan Tahun Kedayan 2025 di Dewan Kampung Tuna semalam.

Program ikonik, Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2025 berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos ini di Dewan Kampung Tuna.

Katanya, kira-kira 10,000 pengunjung tempatan dan luar dijangka akan memeriahkan program menarik yang diadakan untuk memaparkan kebudayaan dan adat tradisi, pakaian, makanan, sukan tradisional dan bahasa  kaum Kedayan di utara negeri ini.

Pesta ini merupakan salah satu acara yang diadakan sejak sembilan tahun lalu dan disenaraikan dalam kalendar Jawatankuasa Perayaan Utama Daerah Limbang dan turut disokong Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Budaya makan tahun merupakan salah satu adat resam kaum kedayan yang dahulunya dilakukan selepas menuai padi.

Makan Tahun akan diadakan sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat hasil menuai padi yang memberangsangkan sekali gus berharap mendapat pendapatan yang lebih baik pada masa akan datang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Permukaan bumi, rentas banyak kampung antara cabaran bina projek SSLR- Nanta
Next: Spaoh Agrofest 2025 perkasa pertanian luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.