Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Kuih Bulan kukuhkan semangat perpaduan masyarakat majmuk
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Kuih Bulan kukuhkan semangat perpaduan masyarakat majmuk

Utusan Sarawak 3 days ago

PESTA Kuih Bulan anjuran Lembaga Pengurus SJK Chung Hua Roban malam tadi berlangsung penuh meriah. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

ROBAN: Pesta Kuih Bulan anjuran Lembaga Pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Roban malam tadi berlangsung penuh meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum, menyerlahkan semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi kebanggaan negeri ini.

Majlis warna-warni itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, yang turut disertai oleh beberapa pemimpin masyarakat dan wakil rakyat setempat.

Dalam ucapannya, Chee Kadir menegaskan bahawa Pesta Kuih Bulan atau Zhong Qiu Jie bukan sahaja mengekalkan warisan budaya masyarakat Tionghua, malah berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan pelbagai kaum di negeri ini.

Beliau berkata, kuih bulan yang menjadi simbol utama perayaan membawa makna mendalam tentang kesatuan keluarga, kasih sayang dan keharmonian, nilai yang perlu terus dipupuk dalam masyarakat majmuk seperti Sarawak.

“Majlis seumpama ini wajar diteruskan kerana bukan sahaja menghidupkan tradisi, tetapi juga memberi peluang kepada generasi muda mengenal budaya, menghargai kepelbagaian dan hidup dalam semangat perpaduan,” katanya.

Sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan dan kebudayaan, Chee Kadir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM12,000 kepada SJK Chung Hua Roban bagi melaksanakan aktiviti tahunan sekolah, selaras dengan komitmen kerajaan membantu sekolah jenis kebangsaan di negeri ini.

Pesta yang diadakan penuh meriah itu diserikan dengan persembahan kebudayaan, hidangan kuih bulan dan penyertaan aktif pelajar, guru serta komuniti setempat, menjadikannya bukti nyata bahawa perayaan kebudayaan mampu memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat Sarawak.

Turut hadir ADUN Kalaka, Mohamad Duri, ADUN Krian, Friday Belik, Pemanca Lim Guan Ann, wakil Lembaga Pengurus Sekolah, Chua serta Guru Besar SJK Chung Hua Kabong.

Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PDRM Lawas hargai jasa pesara polis melalui lawatan kebajikan
Next: Sarang serangga berbisa berjaya dimusnahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.