Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Kanowit dan Minggu Perpaduan bakal diraikan serentak
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Kanowit dan Minggu Perpaduan bakal diraikan serentak

Utusan Sarawak 20 hours ago
AARON Ago Dagang memukul gong sebagai simbolik perasmian majlis Penangguhan Pesta Kanowit 2025, hari ini

KANOWIT: Kementerian Perpaduan Negara bercadang untuk menggabungkan Sambutan Minggu Perpaduan dengan Pesta Kanowit sebagai langkah memperkukuh semangat perpaduan di peringkat komuniti luar bandar.

Menterinya, Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, cadangan itu bertujuan menjadikan Pesta Kanowit sebagai salah satu pengisian kepada Sambutan Minggu Perpaduan agar penganjurannya lebih meriah dan memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat setempat.

“Pesta ini boleh dijadikan salah satu pengisian kepada sambutan tersebut. Dengan cara ini, lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara, dan apabila dijalankan serentak, suasananya pasti akan menjadi lebih meriah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Penangguhan Pesta Kanowit 2025 di sini, hari ini.

Menurut Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit, Sambutan Minggu Perpaduan yang diperkenalkan pada 2023 telah diadakan selama tiga tahun berturut-turut di peringkat kebangsaan, namun mulai tahun hadapan, kementerian merancang untuk menganjurkannya mengikut zon.

“Langkah ini diambil memandangkan jumlah negeri yang banyak, selain mengambil kira kekangan tenaga kerja dan bajet,” jelasnya.

AARON Ago Dagang (duduk tengah) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis Penangguhan Pesta Kanowit 2025, hari ini.

Dalam pada itu, Aaron turut menyentuh mengenai keperluan menaik taraf Jalan Penyulau yang sering terjejas akibat banjir setiap tahun.

“Apabila berlaku hujan lebat dan Sungai Batang Rajang serta Sungai Kanowit melimpah, kawasan Penyulau antara yang terjejas. Sebab itulah kerja menaik taraf jalan dengan meninggikan parasnya amat diperlukan,” katanya.

Tambahnya, kerja menaik taraf jalan di kawasan berkenaan dilakukan hampir setiap tahun bagi memastikan laluan tersebut kekal selamat digunakan walaupun ketika musim hujan.

Pada majlis sama, tiga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) turut menerima sumbangan khas RM10,000 setiap satu bagi menyokong pelaksanaan aktiviti perpaduan di peringkat komuniti.

Antara yang menerima sumbangan tersebut ialah KRT Nanga Tada Zon Satu, KRT Sungai Tuah Zon Satu dan KRT Nanga Sekeranji.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana, ADUN Machan Allan Siden Gramong, Pegawai Daerah Kanowit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Pesta Kanowit 2025 Jackline August, serta tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Hari Keluarga Saban wadah eratkan hubungan silaturahim
Next: DUN Kalaka turut nikmati bekalan air bersih Loji Rawatan Air Lichok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.