Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Jom Homestay perkukuh pelancongan berasaskan komuniti di Bario
  • TEMPATAN

Pesta Jom Homestay perkukuh pelancongan berasaskan komuniti di Bario

Utusan Sarawak 2 days ago
GIMIK… Datuk Gerawat Gala menyempurnakan perasmian Pesta Jom Homestay Bario Highland.

BARIO: Pesta Jom Homestay Bario Highland bukan sahaja mempromosikan keindahan semula jadi Bario, malah memperkukuh semangat komuniti dalam membangunkan pelancongan berasaskan rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek), Datuk Gerawat Gala.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu menegaskan bahawa program inap desa memberi peluang kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk merasai sendiri budaya, tradisi serta gaya hidup masyarakat setempat.

AKSI… Datuk Gerawat menunjukkan bakat menyumpit semasa perasmian pesta tersebut.

“Ini bukan sekadar pelancongan, tetapi satu bentuk pertukaran budaya yang memperkayakan kedua-dua pihak,” katanya ketika berucap pada perasmian Pesta Jom Homestay Bario Highlamd di sini, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa menyokong pembangunan pelancongan luar bandar, terutamanya melalui inisiatif seperti Program Inap Desa, Pelancongan Berasaskan Komuniti, dan Projek EkoPelancongan.

Menurut beliau, usaha ini selari dengan visi kerajaan untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai pemacu utama ekonomi negeri, bukan sahaja di bandar-bandar utama, malah di kawasan pedalaman seperti Bario, Ba’kelalan, Long Semadoh dan seluruh Tanah Tinggi Kelabit.

“Kerajaan juga akan terus membantu memperkukuh kemudahan asas, sistem jalan raya, komunikasi digital serta latihan kemahiran kepada pengusaha inap desa agar mereka mampu memberi pengalaman terbaik kepada para pelawat,” jelasnya.

Gerawat turut melahirkan rasa bangga terhadap semangat gotong-royong masyarakat Bario yang sentiasa komited memelihara budaya, alam sekitar dan warisan tempatan, meskipun berada jauh dari pusat bandar.

KREATIF… Datuk Gerawat melawat tapak pameran kraftangan hasil komuniti Kelabit di Bario.

“Dengan kerjasama erat antara kerajaan, komuniti dan sektor swasta, saya yakin Bario akan terus menjadi destinasi pelancongan unggul berteraskan nilai komuniti, kelestarian dan keaslian,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa agar semua pengusaha inap desa, belia dan penduduk setempat terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kreativiti dalam mempromosikan Bario sebagai destinasi pelancongan unik di Sarawak.

Gerawat yakin bahawa Pesta Jom Homestay Bario Highland berpotensi menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan.

Turut hadir Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Debbie Jenggut Nyelang.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: A father’s perseverance rewarded as son finally gains Malaysian citizenship
Next: 70 pelajar dan guru dari Miri kunjungi Parlimen Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.