Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta ikonik Limbang bakal kembali warnai utara Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Pesta ikonik Limbang bakal kembali warnai utara Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
KEHIDUPAN SUNGAI – Dr Abdul Rahman turut melakukan simbolik pelepasan anak ikan di Jeti Santaba sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan alam sekitar.

LIMBANG: Selepas lebih lima tahun tidak dianjurkan, Pesta Limbang, acara ikonik di utara Sarawak bakal kembali mewarnai daerah ini pada tahun hadapan dengan penganjuran Regata Limbang sebagai kemuncaknya.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata ketiadaan pesta tersebut sejak beberapa tahun lalu adalah disebabkan oleh pandemik COVID-19 serta memberi laluan kepada projek pembangunan Tebingan Sungai Limbang yang kini hampir siap.

“Tahun depan, kita merancang untuk mengadakan semula Pesta Limbang apabila sebahagian besar Tebingan Sungai Limbang siap kelak. Ia merupakan antara tebingan sungai terpanjang di Sarawak dan akan menjadi daya tarikan baharu untuk pesta ini,” katanya semasa berucap pada majlis penangguhan Pesta Jeti Santaba di Kampung Patiambun, hari ini.

Mengulas mengenai Pesta Jeti Santaba, Dr Abdul Rahman berkata program tersebut berjaya menonjolkan keunikan alam semula jadi dan budaya sungai yang menjadi nadi kehidupan masyarakat di kawasan itu.

“Pesta ini berpotensi untuk dipromosikan sebagai produk pelancongan tempatan kerana ia mengetengahkan keindahan Jeti Santaba serta memperkenalkan warisan budaya masyarakat Kedayan dan komuniti tempatan kepada generasi muda serta pelawat dari luar,” ujarnya.

KEINDAHAN PANORAMA – Dr Abdul Rahman bersama tetamu menyusuri keindahan Sungai Limbang di kawasan Jeti Santaba.

Antara aktiviti yang memeriahkan pesta tersebut termasuklah pertandingan memasak, gubahan, mengail, tarik kalat bergubang, berkayuh gubang, perahu berhias, persembahan tarian kanak-kanak Tabika KEMAS, lagu Kedayan oleh Kumpulan Gualan Tradisi serta persembahan bermukun, iaitu hiburan tradisional masyarakat Kedayan.

Dr Abdul Rahman menegaskan, pelbagai usaha akan terus digerakkan untuk menjadikan Limbang sebagai destinasi pelancongan utama di utara Sarawak, selain mengangkat daerah ini sebagai pintu masuk penting melalui pelbagai acara bertaraf negeri.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal dan Pengerusi Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPV Miri vaksin lebih 200 anjing dalam usaha bendung rabies
Next: PPRMS bawa sinar baharu buat penduduk kurang berkemampuan di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.