Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Badudun Lumba Kerbau simbol perpaduan masyarakat majmuk Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Pesta Badudun Lumba Kerbau simbol perpaduan masyarakat majmuk Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
SEDIA BERLEPAS…Awang Tengah berbusana Melayu sedia melepaskan salah satu kategori acara lumba kerbau di Limbang.

LIMBANG: Pesta Badudun (Berkunjung) dan Lumba Kerbau menterjemahkan nilai-nilai murni dalam masyarakat bukan sekadar mengetengahkan budaya, tetapi memperkukuh perpaduan dan kebersamaan komuniti pelbagai kaum di negeri ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata pesta berkenaan mengandungi nilai kehidupan dan adat resam yang baik bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu, malah turut dikongsi oleh masyarakat lain.

“Pesta ini memberi peluang kepada penduduk kampung mempromosikan produk tempatan selain memperkenalkan keunikan lumba kerbau yang sinonim dengan kehidupan masyarakat tani suatu ketika dahulu.

“Lumba kerbau bukan sekadar pertandingan, tetapi mencerminkan kemahiran, tradisi dan simbol kebersamaan antara pelbagai kaum, sebagaimana yang dapat dilihat dalam Pesta Babulang,” katanya ketika merasmikan Pesta Badudun dan Lumba Kerbau di Kampung Lubuk Piasau, di sini, hari ini.

TARIKAN PELANCONG…sukan lumba kerbau yang sinonim dengan Daerah Limbang menjadi tarikan pelancong.

Edisi ke-11 pesta berkenaan, yang menjadi antara acara utama di utara Sarawak khususnya di Limbang, menampilkan pelbagai acara menarik termasuk pertandingan lumba kerbau yang menjadi tumpuan utama pengunjung.

Lebih 30 pelumba kerbau menyertai pertandingan tahun ini yang berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung, termasuk pelancong dari luar negara seperti Brunei Darussalam.

Pesta ikonik yang mula dianjurkan sejak 2012 itu menjadi lambang kebanggaan bagi lebih 40,000 penduduk Melayu di utara Sarawak, selain berperanan memperkukuh jati diri dan warisan budaya tempatan.

Penganjuran kali ini adalah hasil kerjasama Persatuan Melayu Limbang (PML) dan Persatuan Penternak dan Lumba Kerbau Limbang (PPLKL) dengan sokongan Pejabat Residen Bahagian Limbang.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Unus Tambi, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) Mohamad Abu Bakar.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Skuad Kasih Sayang Bekenu santuni warga emas dan pesakit terlantar
Next: Lelaki panik, kereta terkunci di SJK Chung Hua Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.