Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2025 dijangka tarik 15,000 pengunjung ke Limbang
  • TEMPATAN

Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2025 dijangka tarik 15,000 pengunjung ke Limbang

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERSIAPAN RAPI… Dr Abdul Rahman (tengah) ketika lawatan kerja ke tapak Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2025 di Kampung Lubuk Piasau, bersama (kiri) Sulaiman Engal dan (ketiga dari kiri) Mohamad Abu Bakar.

LIMBANG: Gelanggang lumba kerbau di Kampung Lubuk Piasau, Limbang dijangka menerima kehadiran kira-kira 15,000 pengunjung sempena Pesta Badudun (Singgah) dan Lumba Kerbau 2025 edisi ke-10, yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Oktober ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pesta ikonik yang telah dianjurkan sejak 2012 itu terus menjadi simbol kebudayaan masyarakat Melayu di utara Sarawak, melibatkan lebih 40,000 penduduk setempat.

Menurut beliau, program ini dianjurkan oleh Persatuan Melayu Limbang (PML) dan Persatuan Penternak dan Lumba Kerbau Limbang (PPLKL) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Limbang, yang turut mengetengahkan pelbagai aspek kebudayaan Melayu selain acara utama lumba kerbau.

“Pesta ini bertujuan memperkenalkan dan mengangkat budaya masyarakat Melayu Limbang, termasuk keunikan lumba kerbau yang sangat sinonim dengan komuniti di utara Sarawak,” katanya kepada media semasa lawatan kerja ke tapak pesta tersebut di Kampung Lubuk Piasau, semalam.

BERI PANDANGAN… Dr Abdul Rahman menunjukkan kawasan padang yang perlu ditambah baik semasa lawatan persiapan Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2025 yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober ini.

Beliau memaklumkan bahawa pesta ini telah dimasukkan dalam Kalendar Perayaan Utama Daerah Limbang dan turut diiktiraf sebagai antara acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak.

Pelbagai aktiviti telah dirancang termasuk Malam Kebudayaan pada 25 Oktober yang menampilkan kumpulan muzik gambus serta persembahan kebudayaan lain.

Tambah beliau, pelbagai persiapan rapi sedang dilaksanakan termasuk membina pentas utama, membaiki jalan mengelilingi padang, dan menaik taraf gelanggang sukan bagi aktiviti tradisional seperti petanque, gasing dan kuit yang digemari anak-anak muda.

Beliau turut menyatakan rasa puas hati terhadap tahap persiapan semasa lawatan tersebut.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal, dan Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML), Mohamad Abu Bakar.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Satu pertiga kerusi Parlimen untuk tiga wilayah adalah satu jaminan – Abdul Karim
Next: Wong Ching Yong gesa SKMM kaji semula denda RM100,000 ke atas dua media

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.