Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Babulang 2025 di Limbang, bakal dihadiri Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Pesta Babulang 2025 di Limbang, bakal dihadiri Premier Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang menyerahkan baju tradisional Bisaya kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2025 bakal kembali dengan kelainan tersendiri apabila menampilkan aktiviti baharu seperti perlumbaan rakit dan perahu kecil, sekali gus menjanjikan pengalaman lebih menarik kepada pengunjung tempatan mahupun antarabangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang berkata acara tahunan masyarakat Bisaya yang memasuki edisi ke-20 itu dijangka menarik ribuan pengunjung dari seluruh Sarawak, Sabah, Brunei dan kawasan serantau seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Pesta tahun ini akan diadakan di Batu Danau, lokasi tetap yang telah menjadi tapak utama acara saban tahun.

“Selain perlumbaan kerbau yang menjadi acara kemuncak, kita adakan elemen baharu seperti perlumbaan rakit dan perahu kecil termasuk acara tradisi iaitu Ratu dan Panglima Babulang serta persembahan gendang,” jelasnya.

ADUN Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang mengadakan kunjungan hormat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Jelasnya, kunjungan hormat itu bertujuan untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada Premier Sarawak bagi menyempurnakan acara kemuncak pesta yang berlangsung pada 28 Jun ini.

“Kita telah memberikan taklimat kepada beliau (Premier Sarawak) mengenai setiap aktiviti yang akan diadakan selama tiga hari berlangsungnya pesta ini bermula 27 hingga 29 Jun 2025,” tambahnya lagi.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah Penasihat Persatuan Bisaya Sarawak (PBS), Datu Antonio Kahti Galis; Presiden PBS, Joseph Blandoi dan Naib Presiden 1 PBS, Datu Jack Liam.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Soo Tien Ren urges MPP not to prolonged inaction on local infrastructure issues
Next: Raptai penuh Perarakan Gawai Dayak 2025 berjalan lancar di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.