Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pesta Anak Negeri Borneo di Pasar Seni hari ini hingga Ahad  
  • NASIONAL

Pesta Anak Negeri Borneo di Pasar Seni hari ini hingga Ahad  

Utusan Sarawak 2 years ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berbual bersama wakil daripada Orang Asli Borneo pada Festival Orang Asli Borneo 2023 di Pasar Seni, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bersempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang akan disambut masing-masing pada 30 Mei dan 1 Jun ini, Persatuan Sukaseni Kuala Lumpur (Sukaseni) menganjurkan Pesta Anak Negeri Borneo (Borneo Native Festival) selama tiga hari bermula hari ini di Pasar Seni, di sini.

Presiden Sukaseni Rafie Syazwan Arpandi, 30, berkata, festival yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam itu, antaranya menyajikan persembahan tarian tradisional masyarakat Borneo, pertandingan ratu cantik dan reruai jualan termasuk makanan tradisional Sabah dan Sarawak. 

“Festival ini diadakan bagi memperkenalkan budaya masyarakat Borneo kepada orang Semenanjung selain membawa perayaan Kaamatan dan Hari Gawai untuk diraikan bersama orang Sabah dan Sarawak yang tidak dapat pulang ke kampung.

“Sebanyak 84 reruai jualan dibuka antaranya kraf tangan, makanan tradisi melibatkan usahawan Sabah dan Sarawak serta tumpuan utama pada esok (20 Mei), kita akan adakan perarakan dengan kerjasama Persatuan Gabungan Orang Asal Sabah Sarawak serta pelajar universiti,” katanya kepada Bernama.

Selain itu beberapa forum dan bengkel kreatif turut dianjurkan selama tiga hari dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak, Persatuan Sejarah Malaysia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat reruai jualan di festival itu selain beramah mesra dengan penjual dan pengunjung yang hadir.

Pesta Anak Negeri Borneo tahun ini merupakan edisi kedua selepas pertama kali dianjurkan tahun lepas.  – Bernama

Continue Reading

Previous: Subsidi Minyak Masak: Peniaga kecil disaran daftar perniagaan – Fauziah
Next: Cuaca panas cabaran guru Taska rancang aktiviti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.