Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Agro Spaoh 2025 sasar lebih 10,000 pengunjung
  • TEMPATAN

Pesta Agro Spaoh 2025 sasar lebih 10,000 pengunjung

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa mempengerusikan mesyuarat Pesta Agro Spaoh 2025 di sini, semalam. Foto: UKAS Betong

SPAOH: Pesta Agro Spaoh 2025 kembali memeriahkan kalendar komuniti dengan jangkaan kehadiran lebih 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya bermula 25 hingga 27 Julai ini.

Pesta yang dinanti-nantikan itu bukan sahaja menampilkan pelbagai produk pertanian tempatan yang segar dan berkualiti, malah dijangka mencatat nilai jualan mencecah RM160,000.

Pesta ini sekali gus menjadi platform penting dalam merancakkan ekonomi dan memasarkan hasil tani masyarakat setempat.

Pegawai Jabatan Pertanian Bahagian Betong, Ahmad Arisa Kachon berkata, penganjuran pesta ini bertujuan memperkukuh ekosistem agrokomoditi tempatan serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada para pengusaha pertanian di kawasan Betong.

“Pesta ini bukan sekadar pasar tani biasa, sebaliknya ia adalah pentas utama memperkenalkan hasil pertanian terbaik Betong kepada umum,” katanya

Beliau berkata demikian semasa menghadiri mesyuarat penganjuran pesta yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semalam.

Selain itu, pelbagai produk keperluan asas ditawarkan pada harga murah menerusi Program Jualan Rahmah Madani dan Jualan Agro Madani, sejajar usaha kerajaan menstabilkan harga barang dan memastikan bekalan makanan mencukupi untuk rakyat.

“Selain jualan, pengunjung juga boleh menyaksikan pameran teknologi pertanian, demonstrasi produk agro serta aktiviti santai keluarga,” ujarnya.

Ahmad Arisa turut mengajak orang ramai agar tidak melepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai memeriahkan Pesta Agro Spaoh 2025 yang bakal menampilkan pelbagai produk tempatan berkualiti tinggi serta aktiviti menarik untuk seisi keluarga

“Datanglah bersama keluarga, nikmati keunikan hasil pertanian tempatan sambil menyokong para petani kita,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perlu rakyat sihat, bersatu demi masa depan gemilang – Lee Kim Shin
Next: MA63 fokus utama pemerkasaan komuniti Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.