Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesona budaya India ceriakan pentas Little Miss Bollywood Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Pesona budaya India ceriakan pentas Little Miss Bollywood Sarawak 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
Penganjur program mewakili AI Dot Com Management, Awang Amirul Hafizan (tengah) bergambar bersama barisan juri pertandingan Little Miss Bollywood Sarawak 2025, baru-baru ini. Foto Cass Photostudio

KUCHING: Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka diserikan dengan warna-warni budaya India apabila pertandingan Little Miss Bollywood Sarawak 2025 berjaya mencuri tumpuan ramai melalui pesona, keyakinan dan kreativiti peserta ciliknya, baru-baru ini.

Bertemakan Saree & Lenggha (Kontemporari), pertandingan anjuran AI Dot Com Management dengan kerjasama Fly Fly Management serta sokongan Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka itu menampilkan seramai 17 peserta, merangkumi kategori A (5 hingga 10 tahun) dan kategori B (11 hingga 15 tahun).

Pemenang Kategori A, Liezel Joso (kiri) dan pemenang Kategori B, Nur Amydhiya (kanan) pada pertandingan Little Miss Bollywood Sarawak 2025, baru-baru ini. Foto Cass Photostudio

Peserta berusia lapan tahun dari Siburan, Liezel Joso, dinobatkan sebagai juara kategori A, diikuti Immaculate Klovia, 5, dari Kota Samarahan di tempat kedua dan Nur Dhamia Hasna, 10, dari Sesang, Kabong di tempat ketiga.

Sementara itu, bagi kategori B, Nur Amydhiya, 13, dari Kuching dinobatkan sebagai juara, manakala Putri Ika, 11, dan Nur Qairiesya Amaniey, 13, dari Gedong masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Tiga peserta terbaik Kategori A bersama juara, Liezel Joso (tengah) ketika pertandingan Little Miss Bollywood Sarawak 2025, baru-baru ini. Foto Cass Photostudio

Beberapa anugerah khas turut disampaikan termasuk Kostum Bollywood Terbaik, Senyuman Menawan, Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik, Persembahan Terbaik, Peserta Paling Popular (Media Sosial) serta Kesayangan Penonton, yang mengiktiraf usaha dan bakat tersendiri setiap peserta.

Tiga peserta terbaik Kategori B bersama juara, Nur Amydhiya (tengah) pada pertandingan Little Miss Bollywood Sarawak 2025, baru-baru ini. Foto Cass Photostudio

Pertandingan turut menerima tajaan daripada Danial Bundle, Zeed Zeeda Management, Bryano Resources Sdn Bhd dan Cass Photostudio, dengan barisan juri terdiri daripada Marie Angela selaku ketua juri bersama Annie Magdalene, Azida Mohamad dan Maxc Althur dari Plaza Merdeka.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Miss Nursharmimi Izzaty, yang kemudiannya diumumkan sebagai Duta Little Miss Bollywood Sarawak 2025.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar jadi hab pelancongan perubatan serantau menerusi IMTC 2025
Next: Standard kebersihan premis makanan perlu diseragam, dapur dan tandas turut dinilai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.