Pesawat Ural Airlines mendarat cemas setelah berlepas 

Facebook
WhatsApp
Ural Airlines Rusia terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Sharm el-Sheikh, Mesir, akibat kerosakan teknikal.

KAHERAH: Sebuah pesawat milik Ural Airlines Rusia terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Sharm el-Sheikh, Mesir, akibat kerosakan teknikal sejurus selepas berlepas, menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.  

“Pada malam Jumaat, sebuah pesawat Airbus A-321 milik syarikat Rusia, Ural Airlines yang dalam perjalanan dari Sharm el-Sheikh ke lapangan terbang Yekaterinburg di Rusia, melakukan pendaratan cemas yang selamat di lapangan terbang Sharm el-Sheikh,” menurut kenyataan kementerian itu.  

Pesawat yang membawa 236 penumpang itu mendarat selepas kapten pesawat melaporkan kerosakan teknikal pada satu daripada enjinnya, kata kenyataan itu.

Pesawat itu selamat mendarat di lapangan terbang Sharm el-Sheikh pada 4.55 petang waktu tempatan (2.55 petang GMT) dan diarahkan ke kawasan khas, menurut kementerian, sambil menambah bahawa semua penumpang dipindahkan dengan selamat ke ruang pelepasan antarabangsa.  

Amaran kerosakan enjin dikesan pada pesawat itu, yang kemudiannya digantikan dengan sistem simpanan, menurut perkhidmatan akhbar syarikat penerbangan terbabit.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI  

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara