Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Turkiye dari Kathmandu ke Istanbul mendarat cemas di Kolkata akibat masalah enjin
  • GLOBAL

Pesawat Turkiye dari Kathmandu ke Istanbul mendarat cemas di Kolkata akibat masalah enjin

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan

NEW DELHI: Sebuah pesawat Turkish Airlines yang terbang dari Kathmandu ke Istanbul melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Kolkata di timur India berikutan kebakaran yang disyaki daripada enjin.

Penerbangan THY727, yang berlepas pada 1.29 tengah hari waktu tempatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, memaklumkan kepada pengawal trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhas Chandra Bose, Kolkata mengenai kemungkinan kebakaran pada enjin kanan, menurut laporan media Nepal dan India.

“Juruterbang memaklumkan menara kawalan Kathmandu dan meneruskan penerbangan dengan satu enjin sahaja, menahan pesawat sebentar di kawasan Dharke, Daerah Dhading, untuk menilai keadaan,” kata Gyanendra Bhul, jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal (CAAN), dipetik daripada laman sesawang Kathmandu Post.

Pesawat Airbus A330-303 yang membawa 236 penumpang termasuk 11 anak kapal itu mendarat dengan selamat di Kolkata pada 2.49 petang waktu tempatan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Salji tebal di seluruh Jepun, 35 maut
Next: Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut di Sepanyol dan Portugal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.