
NEW DELHI: Sebuah pesawat tentera India terlibat dalam nahas di negeri Assam di timur laut negara itu ketika menjalankan misi latihan.
“Pesawat Su-30MKI, yang sedang dalam misi latihan, mengalami nahas di kawasan Karbi Anglong, Assam, kira-kira 60 km dari Jorhat. Operasi mencari sedang dijalankan,” menurut Tentera Udara India menerusi platform X pada Jumaat.
Hubungan dengan pesawat tempur dua tempat duduk itu terputus pada 7.42 malam, Khamis.
Pesawat itu berlepas dari Jorhat, kira-kira 300 kilometer dari bandar utama Assam, Guwahati.
Pesawat Su-30MKI dihasilkan oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL) di India di bawah lesen daripada syarikat aeroangkasa Rusia, United Aircraft Corporation (UAC).
Tentera Udara India mengendalikan kira-kira 260 pesawat pelbagai peranan jenis itu. -Bernama