Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Tentera Laut AS lakukan pendaratan cemas di Filipina
  • GLOBAL

Pesawat Tentera Laut AS lakukan pendaratan cemas di Filipina

Utusan Sarawak 3 months ago

Gambar hiasan

MANILA: Sebuah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) melakukan pendaratan cemas di sebuah pulau kecil di luar wilayah Quezon, timur Manila kerana masalah enjin, kata polis tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.  

Menurut polis, pesawat itu terpaksa mendarat di Pulau Balesin pada tengah hari Sabtu selepas dilaporkan mengalami kerosakan enjin.  

Semua individu di dalam pesawat itu dalam keadaan selamat, kata polis.

Sebanyak dua pesawat Tentera Laut AS dari pangkalan tentera di Subic di pantai barat Pulau Luzon, telah diterbangkan ke pulau berkenaan untuk membawa juruteknik bagi membaiki pesawat yang mengalami masalah itu, menurut laporan media tempatan pada Ahad.  

Kedutaan AS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.  

— BERNAMA-XINHUA  

Continue Reading

Previous: 14 negeri AS saman Trump, Musk
Next: Pesawat terbalik dalam nahas di Toronto, 15 cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.