Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Qantas menuju ke Afrika Selatan patah balik ke Sydney akibat masalah teknikal
  • GLOBAL

Pesawat Qantas menuju ke Afrika Selatan patah balik ke Sydney akibat masalah teknikal

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEBUAH penerbangan Qantas menuju Afrika Selatan terpaksa berpatah balik ke Sydney kerana masalah teknikal.


SYDNEY: Sebuah pesawat Qantas menuju ke Afrika Selatan terpaksa berpatah balik ke Sydney pada malam Selasa akibat masalah teknikal, menurut syarikat penerbangan itu pada Rabu, lapor Xinhua.

Penerbangan Qantas QF63 ke Johannesburg berlepas dari Lapangan Terbang Sydney pada 10.14 pagi waktu tempatan dengan membawa kira-kira 400 penumpang.

Bagaimanapun, selepas empat jam di udara, pesawat Airbus A380 itu terpaksa berpatah balik berikutan kerosakan pada sistem komunikasi satelit dan mendarat semula di Lapangan Terbang Sydney tidak lama selepas 7.30 malam.

Jurucakap Qantas pada Rabu berkata tiada sebarang isyarat atau panggilan kecemasan lain dibuat sebelum pesawat berpatah balik.

Pesawat berkenaan akan diperiksa oleh pasukan jurutera bagi mengenal pasti punca masalah itu.

Semua penumpang ditawarkan penginapan dan dijadual semula menaiki penerbangan lain yang berlepas pada 1.00 petang Rabu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lapan maut, lombong emas runtuh di Malawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.