Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat pejuang Super Hornet terhempas
  • GLOBAL

Pesawat pejuang Super Hornet terhempas

Utusan Sarawak 5 years ago
THE Navy mengesahkan pesawat milik tentera laut Amerika Syarikat itu terhempas ketika sedang membuat latihan penerbangan. • Foto AFP

FILIPINA: Sebuah pesawat pejuang F/A-18F Super Hornet yang menjalani latihan terhempas di Laut Filipina pada Khamis.

The Navy dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat milik tentera laut Amerika Syarikat itu terhempas ketika sedang membuat latihan penerbangan dari landasan kapal tentera pembawa pesawat USS Theodore Roosevelt.

Dalam kecelakaan itu, juruterbang pesawat berkenaan bagaimanapun dilaporkan selamat selepas terjun dari pesawat berkenaan menggunakan kerusi lenting.

Menurut laporam AFP , juruterbang berkenaan telah menerima rawatan dan berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, punca kejadian sedang dalam siasatan.

Terdahulu, USS Theodore Roosevelt dilaporkan kembali belayar bagi memulakan latihan sebagai persiapan kembali bertugas di Pasifik selepas hampir dua bulan tidak beroperasi  susulan penularan Covid-19.-AFP

Continue Reading

Previous: AS bakal berdepan tiga situasi buruk
Next: Thailand teruskan eksport durian ke China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.