Pesawat MH8110 mendarat di Muscat susulan isu teknikal, semua jemaah selamat – TH

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

MAKKAH: Pesawat MH8110 yang membawa 278 jemaah haji KT051 mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman berikutan isu teknikal, menurut kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH).

TH memaklumkan pesawat itu mendarat pada 4.11 petang waktu tempatan sebagai langkah berjaga-jaga dan semua jemaah berada dalam keadaan baik serta tidak terjejas.

“Tindakan pendaratan itu adalah langkah keselamatan standard bagi memastikan perjalanan jemaah berjalan lancar dan selamat.

“Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.06 petang hari ini dan dijadualkan tiba di Jeddah pada hari sama,” menurut kenyataan TH hari ini.

TH memaklumkan, Malaysia Airlines melalui perkhidmatan AMAL kini sedang menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas pesawat sebelum perjalanan diteruskan.

“Sekiranya perlu, jemaah akan ditempatkan sementara di hotel sebelum berlepas semula ke Jeddah,”  menurut kenyataan itu.

TH meminta orang ramai khususnya keluarga jemaah, agar bertenang kerana keadaan terkawal dan keselamatan semua penumpang sentiasa menjadi keutamaan. – Bernama

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan