Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Korean Air terbabas
  • GLOBAL

Pesawat Korean Air terbabas

Utusan Sarawak 3 years ago

SEORANG anggota keselamatan melihat pesawat Korean Air penerbangan KE631 yang terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Cebu, Filipina semalam, selepas ia melepasi landasan lewat kelmarin ketika mendarat dalam cuaca buruk. •Foto AFP

SEOUL: Sebuah pesawat Korean Air Lines Co yang membawa 173 penumpang tersasar daripada landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cebu, Filipina. Tiada kecederaan dilaporkan susulan insiden itu.

Menurut kenyataan Korean Air pihaknya kesal dengan kejadian itu, lapor agensi berita Yonhap.

“Siasatan menyeluruh akan dilakukan bersama pihak berkuasa penerbangan tempatan dan pihak berkuasa Korea untuk menentukan punca kejadian,” kata Presiden Korean Air, Woo Kee Hong dalam satu kenyataan semalam.

Kesemua penumpang ditempatkan ke tiga hotel tempatan dan penerbangan alternatif sedang diaturkan, menurut kenyataan itu.

Kejadian berlaku pada 11.07 malam kelmarin ketika pesawat A330-300 yang membawa 162 penumpang dan 11 anak kapal itu, tersasar dalam percubaan kali ketiganya untuk mendarat susulan cuaca buruk.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Thailand memaklumkan pihaknya akan menubuhkan pasukan khas untuk membantu menangani insiden itu.

Buat masa ini, Lapangan Terbang Cebu ditutup sementara dan penerbangan lain ke Cebu dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan atau kembali ke tempat asal mereka.-Bernama

Continue Reading

Previous: Ekonomi China berkembang 3.9 peratus 
Next: Gerhana matahari separa menuju ke India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.