Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Jepun lakukan pendaratan cemas selepas enjin gagal berfungsi
  • GLOBAL

Pesawat Jepun lakukan pendaratan cemas selepas enjin gagal berfungsi

Utusan Sarawak 10 hours ago
PESAWAT Jepun lakukan pendaratan cemas di Hokkaido selepas enjin gagal berfungsi, semua 26 penumpang dan kru selamat. Foto hiasan

TOKYO:  Sebuah pesawat penumpang Jepun melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Hakodate di pulau utara Hokkaido pada Khamis selepas satu enjinnya gagal berfungsi sejurus berlepas, lapor media tempatan menurut Xinhua.

Hokkaido Airports Co., Ltd., selaku pengendali lapangan terbang, menerima laporan kerosakan melibatkan Japan Airlines JAL 2823 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Okadama ke Lapangan Terbang Akita, sekali gus mengaktifkan prosedur pendaratan cemas, lapor penyiar awam NHK.

Pesawat berkenaan membawa 26 orang termasuk penumpang dan kru, serta tiada kecederaan dilaporkan.

Rakaman NHK menunjukkan pesawat yang dioperasikan oleh Hokkaido Air System itu mendarat dengan kipas kanan tidak berfungsi pada kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan, manakala beberapa trak bomba berada dalam keadaan bersiap sedia.

Pesawat itu dijadual menjalani pemeriksaan keselamatan, menurut laporan.

Hokkaido Air System percaya insiden itu berkemungkinan besar berpunca daripada pembentukan ais.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Penerjun udara terselamat selepas tergantung pada ekor pesawat di Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.