Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Jeju Air terkeluar dari landasan di Vietnam
  • GLOBAL

Pesawat Jeju Air terkeluar dari landasan di Vietnam

Utusan Sarawak 4 days ago
SEBUAH pesawat Jeju Air Co. yang membawa 183 penumpang dan enam kru dilaporkan terkeluar seketika dari landasan selepas mendarat di sebuah lapangan terbang di Vietnam, namun tiada kecederaan dilaporkan.

SEOUL: Sebuah pesawat Jeju Air Co. yang membawa 183 penumpang dan enam kru dilaporkan terkeluar seketika dari landasan selepas mendarat di sebuah lapangan terbang di Vietnam, namun tiada kecederaan dilaporkan, menurut syarikat penerbangan itu pada Khamis.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Penerbangan 7C2217 Jeju Air yang menggunakan pesawat B737-800 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang kira-kira 12.50 tengah malam Rabu (waktu tempatan).

Ketika sedang bergerak di atas landasan, pesawat itu dilaporkan terkeluar seketika ke zon keselamatan di sebelah kanan landasan sebelum kembali ke laluan utama.

Satu daripada tayar pada gear pendaratan pesawat itu mengalami kerosakan dalam insiden berkenaan.

Jeju Air telah menggantikan tayar yang rosak selepas semua penumpang keluar dari pesawat dan menghantar sebuah pesawat gantian daripada model yang sama dari Korea Selatan untuk meneruskan penerbangan pulang, 7C2218, menurut syarikat itu.

Penerbangan pulang itu ditangguhkan lebih 14 jam dan berlepas dari Da Nang pada 4.08 petang Rabu, tambahnya.

Kementerian Pengangkutan Korea Selatan kini sedang menjalankan siasatan berhubung punca insiden pesawat terkeluar dari landasan itu.– Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Manitoba isytihar darurat kebakaran hutan paling buruk
Next: Runtuhan besar glasier timbus penempatan penduduk di Banjaran Alps

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.