Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Insiden pesawat TUDM: Anak kapal berjaya laksana prosedur kecemasan sebelum terhempas
  • NASIONAL

Insiden pesawat TUDM: Anak kapal berjaya laksana prosedur kecemasan sebelum terhempas

Utusan Sarawak 14 hours ago
PENGLIMA Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhammad Norazlan Aris (tengah) ketika sidang media berhubung insiden kemalangan Pesawat F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan disini hari ini. Turut kelihatan Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Masro Kaliwo (kiri) dan Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Datuk Mahadzer Amin (kanan). Semalam media melaporkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalami kemalangan sebaik berlepas di pangkalan udara tersebut pada jam 9.05 malam. Juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM dilaporkan selamat dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut. Foto BERNAMA

KUANTAN:  Juruterbang dan Jurusensor Senjata pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar (eject) sebelum pesawat itu terhempas.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, mengalami kecederaan di bahagian belakang serta melecur (satu peratus) di tumit kiri, manakala Jurusensor Senjata Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, hanya mengalami lebam di beberapa bahagian badan.

Beliau berkata kedua-dua mereka yang sebelum ini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini telah dibenarkan keluar pada pukul 2 pagi tadi dan kini berehat di Rumah Sakit Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya sendiri turun ke lokasi kejadian pagi ini untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung insiden tersebut dan turut melawat dua pegawai berkenaan bagi menzahirkan sokongan moral kepada mereka,” katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara di sini hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melakukan rutin latihan penerbangan malam.

Sementara itu, Muhammad Norazalan berkata Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) ditutup bagi melaksanakan operasi ‘Mega Sweep’ untuk membersihkan kawasan sekitar insiden berkenaan. 

“Pagi tadi kita telah mulakan Mega Sweep, iaitu kita tempatkan anggota di seluruh kawasan untuk melalui dan meneliti setiap inci landasan. Jika ada bahan asing, kita akan kutip bagi memastikan kawasan benar-benar bersih,” katanya.

Beliau berkata hasil daripada operasi itu, pihaknya akan mengesahkan status keselamatan landasan berkenaan untuk kembali beroperasi pada tengah hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa TUDM telah menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

“Pasukan penyiasat akan memulakan tugas hari ini dan memberikan laporan awal secepat mungkin… secara kebiasaannya, laporan penuh dapat disiapkan dalam tempoh tidak lebih 14 hari,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan akan meneliti pelbagai aspek berdasarkan rakaman video yang tular, termasuk kemungkinan serangan burung, kewujudan objek asing di landasan), atau kegagalan enjin pesawat.

“Pesawat ini dilengkapi sistem pengumpul data seumpama black box. Data itu akan dipaparkan semula bagi mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.

Selain itu, katanya, semua pesawat F/A-18D Hornet digantung daripada melakukan penerbangan sehingga siasatan selesai dan punca kejadian dikenal pasti.

Pesawat yang terlibat dalam insiden itu daripada No 18 Skuadron berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth, namun ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan sebagai detasmen sementara susulan kerja-kerja naik taraf landasan di pangkalan asalnya.

Semalam, media melaporkan sebuah pesawat tempur F/A-18D Hornet milik TUDM terlibat dalam insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) pada 9.05 malam.– Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM cadang perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiar secara langsung
Next: Akta 283 berkuat kuasa hari ini – KP AADK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.