Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat bawa PM Australia buat pendaratan kecemasan di Missouri – Laporan
  • GLOBAL

Pesawat bawa PM Australia buat pendaratan kecemasan di Missouri – Laporan

Utusan Sarawak 22 hours ago
PERDANA Menteri Australia, Anthony Albanese. Foto AFP

MOSCOW: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Amerika Syarikat (AS) selepas seorang anggota kru cedera di dalam pesawat, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik penyiar Australia, SBS.

Albanese dalam perjalanan pulang ke Australia selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump.

Pesawat perdana menteri itu membuat pendaratan kecemasan di St Louis, Missouri, pada Selasa malam waktu tempatan, kata SBS, sambil menjelaskan yang terdapat kejadian yang melibatkan seorang anggota kru Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di dalam pesawat.

Anggota kru itu cedera akibat objek yang jatuh dari peti simpanan di atas kepala, menurut SBS dan mangsa mungkin mengalami gegaran otak dan dibawa ke hospital di St Louis.

Pesawat Albanese dijangka menyambung semula penerbangannya ke Australia selepas mengisi minyak.- Bernama-Sputnik/Ria Novosti

Continue Reading

Previous: 63 maut dalam kemalangan jalan raya di Barat Uganda
Next: Timbalan Menteri Kewangan Thailand letak jawatan, didakwa terlibat rangkaian penipuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.