Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat amfibia dibangunkan China dapat kelulusan untuk pasaran
  • GLOBAL

Pesawat amfibia dibangunkan China dapat kelulusan untuk pasaran

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PESAWAT AG600M, pesawat amfibia pemadam kebakaran yang dibangunkan China.

BEIJING: Pesawat AG600M, pesawat amfibia pemadam kebakaran yang dibangunkan China memperoleh sijil kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada Ahad, sekali gus menandakan ia mendapat permit untuk digunakan di pasaran.

AG600M, yang juga dikenali sebagai “Kunlong” merupakan pesawat bersaiz besar yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan pembinaan sistem penyelamatan kecemasan dan sistem pencegahan bencana alam di China.

Ia juga merupakan pesawat amfibia kegunaan awam paling berat apabila berlepas, dengan ciri gabungan pesawat dan kapal, serta mampu berlepas dengan berat maksimum 60 tan termasuk muatan air 12 tan.

Pesawat amfibia itu boleh terbang pada kelajuan minimun 220 kilometer sejam, dan boleh menyelesaikan penerbangan sejauh 4,500 kilometer.

“Kunlong” mampu melaksanakan pelbagai misi termasuk memadam kebakaran, menghantar barangan, bertindak sebagai perantara komunikasi dan lain-lain. – Bernama-CMG

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tentera udara Korea Selatan gantung operasi sebahagian besar pesawat
Next: Angkasawan tertua NASA tamat misi angkasa pada hari lahir ke-70

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.