Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Air India ke London terhempas
  • GLOBAL

Pesawat Air India ke London terhempas

Utusan Sarawak 1 day ago

Video tular di media sosial menunjukkan asap tebal berwarna hitam kelihatan dari lokasi nahas.

ISTANBUL: Sebuah pesawat Air India dilapor terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di negeri barat India, Gujarat pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi yang memetik pengesahan daripada pihak polis.

Nahas di kawasan Meghaninagar, menurut laporan Press Trust of India yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Beberapa ambulans telah dikejarkan ke lokasi kejadian, dan pasukan kecemasan kini sedang menjalankan operasi menyelamat.

Walaupun beberapa media melaporkan kemungkinan terdapat penumpang di dalam pesawat, pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah individu dalam pesawat mahupun sebarang kemalangan jiwa.

“Saya amat terkejut mendengar tentang insiden pesawat AirIndia penerbangan Ahmedabad ke London berhampiran lapangan terbang Ahmedabad. 

Mendoakan keselamatan semua penumpang dan kru,” kata Ahli Parlimen India, Yusuf Pathan di platform X.

Setakat waktu laporan ini diterbitkan, belum ada kenyataan rasmi daripada Air India atau Lembaga Penerbangan Awam India (DGCA). – Bernama-Anadolu.

Continue Reading

Previous: Kementerian Haji Arab Saudi mahu dokumentasi kontrak penginapan bagi jemaah Umrah
Next: Pesawat Air India ke London yang terhempas bawa 242 penumpang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.