

MOSCOW: Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang berpatah balik ke negara itu selepas berlepas menuju Davos, Switzerland berikutan masalah elektrik kecil, menurut akaun Rapid Response Rumah Putih, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Selepas berlepas, kru AF1 mengenal pasti masalah elektrik kecil. Sebagai langkah berjaga-jaga, AF1 sedang berpatah balik ke Joint Base Andrews. Presiden dan pasukan beliau akan menaiki pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke Switzerland,” menurut Rapid Response 47 dalam hantaran di platform media sosial X. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti