Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pesara Sibu rugi RM200,000 ditipu ‘Timothy’ dan ‘Amy’ dalam pelaburan palsu
  • JENAYAH

Pesara Sibu rugi RM200,000 ditipu ‘Timothy’ dan ‘Amy’ dalam pelaburan palsu

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA POLIS DAERAH SIBU….ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Seorang pesara lelaki mengalami kerugian RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan di dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berumur dalam lingkungan 70-an warga tempatan telah melayari Facebook dan tertarik dengan iklan pelaburan yang memaparkan nama syarikat Point Hope G Trading Sdn Bhd. 

“Mangsa kemudian dihubungi oleh dua individu yang memperkenalkan diri sebagai Timothy dan Amy, sebelum dibimbing menyertai satu kumpulan Whatsapp dikenali sebagai Wealth Freedom Klse untuk tujuan pelaburan,” katanya menerusi siaran media, hari ini.

Katanya, mangsa telah dimaklumkan berkenaan potensi pulangan pelaburan yang tinggi dan seterusnya diminta membuat dua transaksi wang berjumlah RM100,000 ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek.

“Pada 25 Jun dan 2 Julai lepas, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak dua kali transaksi secara keseluruhan berjumlah RM200,000 ke dalam satu akaun tempatan di kaunter bank,” kata beliau.

Katanya lagi, setelah pembayaran pelaburan berjaya dibuat, mangsa telah diberikan nombor peserta dan ditunjukkan penyata keuntungan pelaburan. 

“Suspek telah meminta mangsa untuk membuat bayaran tambahan berjumlah RM992,525  kononnya bagi menebus cabutan bertuah pelaburan saham Sunway, namun mangsa berasa curiga.

“Sehingga laporan dibuat, mangsa tidak memperoleh sebarang keuntungan dari pelaburan tersebut dan sedari telah ditipu. Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan wanita terbabit kes curi topi keledar
Next: RM110,000 lesap gara-gara tertipu iklan Facebook

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.