Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pesara rugi RM586,450, terpedaya skim pelaburan palsu
  • JENAYAH

Pesara rugi RM586,450, terpedaya skim pelaburan palsu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETUA Polis Daerah Miri,  ACP Mohd Farhan Lee Abdullah. -Foto Bernama

MIRI: Seorang pesara mengalami kerugian lebih setengah juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri,  ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata,  pihaknya menerima laporan dibuat lelaki berusia 50-an berhubung kejadian itu, semalam.

Katanya, mangsa mendakwa menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp daripada individu tidak dikenali  dan menawarkan mangsa kepada akademi  pelaburan.

“Kemudian mangsa  diminta untuk menyertai kumpulan ini dan menghadiri taklimat harian mengenai pasaran  saham dari Ahad hingga Khamis setiap minggu pada 8.00 malam hingga 9.00 malam melalui “zoom call”.

“Mangsa diminta untuk muat turun satu platform dagangan mereka yang telah menyakinkan mangsa sebagai akaun yang mempunyai keistimewaan semasa dagangan saham.

“Mangsa yang terpedaya telah membuat membuat pindahan wang dan mengalami kerugian RM586,450,” katanya dalam satu kenyataan, petang tadi.

Mohd Farhan, mangsa hanya sedar dirinya telah diperdaya dalam urusan pelaburan tidak wujud selepas membuat semakan terhadap pelaburan tersebut dan mendapati pelaburan tersebut tidak wujud.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis rampas syabu bernilai RM320,000
Next: Polis buru 11 lagi suspek kes pergaduhan di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.